Adakah kamu tahu apa itu homeopathy?
Komplementari dan bukan alternative.
Homeopathy adalah satu sistem perubatan dan rawatan. Prinsipnya berbeza dengan sistem konvensional (sitem yang ada sekarang) terhadap pendekatannya ke atas manusia dan penyakit. Namun begitu, ia tidak boleh menganti cara perubatan yang lain dan rawatan bantuan diatas sistem sedia ada.
Konsep penyakit adalah sama dengan konsep perubatan moden tetapi Homeopathy lebih menekankan raawatan ke atas orang perseorangan (individu) dan juga untuk memahami individu secara total berlawanan dengan konsep memahami penyakit itu secara bersendirian.
Badan manusia mengandungi banyak sistem pertahanan diri yang kompleks. Sistem immunisasi adalah sebahagian daripada sistem ini. Sekiranya sistem ini gagal maka badan kita akan mengalami kerosakan dan kecederaan yang mesti diperbaiki. Sistem Homeopathy bekerja untuk merangsang perbaikan mekanisma yang rosak dan berjaya memelihara kesihatan.
Cara bekerja Doktor Homeopathy moden adalah sama dengan cara doktor biasa di dalam mengambil, memeriksa, dan merawat pesakit. Tetapi Dr Homoepathy akan mengatur strategi lebih untuk menimbangkan banyak fakta berhubung dengan aspek kesihatan pesakit seperti sikap individu, aspek fizikal, kesan persekitaran, penyakit keluarga serta keadaan sosial.
Perubatan Homeopathy mula dibentangkan oleh Dr Samuel Hahnemann (1755-1843). Dr Hahnemann adalah seorang doctor berbangsa German, yang tidak berpuas hati dengan teori dan cara perubatan pada zamannya. Beliau bertukar daripada pekerjaan seorang doctor kepada pekerjaan seorang penterjemah. Dari sini beliau telah menjumpai satu prinsip daripada DR Cullen yang mengatakan Perubian Berk (kulit Quinin) boleh meyembuhkan penyakit malaria. Beliau mencabar fikiran DR Cullen dengan mengambil ubat tersebut untuk mendapat pengalaman yang telah dihuraikan kesan di atas manusia.. Beliau teleh mengulangi mengambil ubat-ubatan dengan sukarelawan (yang dinamakan sebagai proving) dan beliau dapat memerhati tindakan ubatan diatas manusia.
Pemerhatian yang petama digelar gejala penyakit adalah bersamaan dengan gejala yang dialami oleh individu yang sihat yang telah diberi drug. Apabila seorang penyakit mengalami gejala yang sama maka penawar itu boleh dibei dan ia akan meyebabkan penyembuhan.
Walaupun cara ini adalah berlainan dengan cara doktor sekarang menggunakan drug tetapi ada ubat moden yang berjalan di atas prinsip yang sama iaitu DIGOXIN yang akan menyebabkan dan juga merawat penyakit jantung yang tidak tetap denyutannya.
Permahatian yang kedua ialah beliau berusaha untuk mengurangkan kesan kemudaratan drug yang digunakan. Beliau telah mengulang kaji mencairkan dan mengocangkan ubat sehingga ia mengurangkan kemungkinan kesan racun tersebut di atas manusia. Beliau terkejut apabila mendapati lagi banyak pencairan dan pengocangan dilakukan ke atas drug tersebut, ia menjadi lebih berkesan untuk menlegakan dengan lebih cepat dan juga tidak bahaya. Prinsip ini dinamaknan dos yang minima (minimum dose).
Homeopathy boleh digunakan untuk merawat dalam situasi yang meluas. Ia boleh merawat apa-apa kerosakan dimana badan mempunyai potensi untuk pulih dan membantu untuk mengembalikan keseimbagan dan mekanisma terlibat dalam proses pemulihan. Ia juga digunakan secara meluas sebagai contoh dalam keadaan asma, eczema (penyakit kulit) dan Premenstual syndrome ( penyakit sebelum datang haid, dalam haid dan selepas haid). Namun begitu, perbezaan yang berlainan di antara Homeopathy dengan rawatan biasa, membolehkan pesakit individu untuk menerima apa yang terbaik daripada kedua-dua perubatan. Mereka boleh memilih sistem yang lebih diyakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan